
Walaupun dikelilingi ratusan polis bersenjata, GEGAR menyerahkan memorandum kepada kedutaan AS pada 13 Disember 2024 untuk menuntut penghentian genosid di Gaza dan penglibatan imperialis Amerika dalam perang Zionis di Lubnan, Yaman, Syria, dan Iran.
Walaupun telah dimaklumkan sebanyak tiga kali, kedutaan AS mengabaikan emel kami mengenai penyerahan memorandum. Sementara itu, IPD Wangsa Maju menolak permohonan kami hanya beberapa jam sebelum protes, walaupun kami sudah lengkapkan semua dokumen dan maklumkan pihak polis seminggu sebelum mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Semasa penyerahan memorandum, perunding kami dimaklumkan bahawa pihak kedutaan enggan menerima memorandum daripada individu tertentu tanpa menyatakan siapa mereka.
Wakil dari HARAM Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia akhirnya membantu menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil kedutaan Christopher Rittger. Namun, pihak polis memanggil mereka untuk disoal siasat tanpa alasan munasabah, selain mengintimidasi dan mengugut aktivis. Malah ada juga yang diganggu secara seksual oleh polis.
Layanan memalukan terhadap penunjuk perasaan pro-Palestin oleh kedutaan AS, dengan sokongan aktif pasukan polis Malaysia, menunjukkan kolaborasi antara Washington dan Putrajaya dalam menyokong genosid Zionis.
Walaupun kerajaan Malaysia mendakwa menyokong Palestin, kita terus bekerjasama dengan imperialis Amerika yang melindungi rejim Zionis untuk membunuh ribuan di Palestin dan wilayah Arab-Iran.
Sebagai rakyat dari Selatan Global, kami akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin, Lubnan, Yaman, Iran, dan Syria melawan jentera perang Amerika, Jerman, dan Zionis.
Kami juga bersolidariti bersama saudari Hani dari HARAM, saudara Chon Kai dari PSM, saudari Intan dari GEGAR dan aktivis lain yang telah dintimidasi oleh polis.
Hentikan genosid, jatuhkan penjajahan, dan hancurkan imperialisme!
GEGAR
17 DISEMBER 2024