
Selaras dengan protes anjuran BDS Malaysia, GEGAR, Mahasiswa Melawan Genosid (SAGM), AKSI, Artivist Network, Klima Action Malaysia (KAMI), dan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat telah bergabung kuasa dalam satu aksi die-in untuk bantah keterlibatan PNB dan Sime Darby dengan Caterpillar.
Sebagai pembekal senjata setia kepada rejim Israel, Caterpillar memain peranan penting dalam pengusiran rakyat Palestin, pemusnahan sumber alam, serta pengembangan penempatan haram Zionis.
PNB dan Sime Darby bukan sahaja bersubahat dalam genosid rakyat Palestin melalui hubungan mereka dengan Caterpillar, malah mereka juga dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar dan penindasan komuniti Orang Asal di Sarawak dan Borneo.
Pegawai eksekutif PNB dan Sime Darby meraih keuntungan berbilion dan duduk berselesa dalam pencakar langit mereka sementara produk mereka digunakan untuk memusnahkan alam sekitar dan membunuh masyarakat Asal di seluruh dunia.
Sesaat kita berdepan dengan gelombang fasisme, kemusnahan alam, dan pembunuhan massa di seluruh dunia, kita harus perhebatkan perjuangan kita dari semua segi.
Rakyat Palestin sedang dibunuh beramai-ramai sambil menunggu pengagihan bantuan oleh AS-Israel. Jentera perang Israel membunuh ratusan orang di Iran. Rejim tali barut Libya dan Mesir pula sedang menyekat, menangkap, dan mengusir aktivis yang berusaha mengangkat sekatan ke atas Gaza.
Sementara itu, kerajaan Malaysia dan syarikat kerajaan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat Zionis.
Ini jelas menunjukkan bahawa kita tidak boleh bergantung pada pejuang pembebasan di Palestin sahaja: kita perlu bawa pulang perang ini ke tanah air. Kita tidak dapat membebaskan Palestin selagi kita tidak membebaskan diri dari sistem kapitalis neokolonial yang menindas kita di negara sendiri.
Selagi ada penindasan, selagi itu harus ada perlawanan!
Hidup kuasa rakyat, bebaskan Palestin. Global Selatan mesti bangkit!